Friday, January 3, 2014

Tan Sri Harussani Zakaria Kata Peserta Demo 'bughah', Halal Darah?

Pagi ni aku bukak facebook dan baca posting terbaru Dr Maza. Ini apa yang dia tulis:

Aku terkejut jugak. Betui ke harussani cakap camtu. Aku search kat malaysiakini dan aku dapat yang ni:


Link dia kat sini

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Dihalalkan darah golongan bughah? Ini pulak sebahagia komen Dr Maza dalam facebook dia:

"..ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan untuk bunuh. Padahal bughah adalah istilah yang mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah pada rakyat yang berkumpul tanpa senjata. ..apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?"

Kalau betullah apa yang dikata harussani tu, maknanya rakyat malaysia tak boleh langsung untuk berhimpun dan berdemo walaupun kita ada Akta Perhimpunan Awam 2011 yang membenarkan perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.

Kita juga tidak boleh tidak bersetuju dengan segala ketidakadilan yang dilakukan kerajaan. Hukuman kepada semua ini ialah dihalalkan darah pemprotes. Maknanya boleh dibunuh rakyat yang protes dan berhimpun secara aman dan tanpa senjata?

Aku setuju ngan Dr Maza yg menulis "apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?"

Apakah kita rakyat masih dianggap menderhaka setelah kita membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan negara? 

Aku rasa harussani kena cek balik apa yang dia cakap. Mana boleh main jatuh hukum ke atas rakyat macam tu saja. Hukum kepada pemerintah yang tidak adil, yang tidak menepati janji, yang meluluskan konsert yang melaghokan, tak ada ke?

No comments:

Post a Comment