Friday, January 3, 2014

Kerajaan Pilihan Rakyat 46.57%

Hari ni aku baca beberapa blog pro umno dan pembangkang dan neutral.  Kebelakangan ni ramai rakyat Malaysia duk sibuk kisah harga barang naik pada awal tahun 2014 ni.

Cerita barang naik harga ni dah dari tahun 2013 sesetengah rakyat dah tau dah. Rasanya sebelum tu lagi pun deme dah tau dah. Bila minyak naik je, confirm semua barang, lambat laun akan naik. Sebab apa? Sebab semua barang bersangkut dengan minyak.

Kita ambik contoh paling mudah. Katalah ikan kembong. Nelayan yang pergi nangkap ikan tu, akan guna minyak bermula dari dia keluo rumah lagi. Kecuali kalo dia jalan kaki ke bot dia. Sampai ke bot, udah tentu le dia kena isi minyak bot pulak. Kalo dia guna sampan dan guna dayung untuk ke tengah laut untuk tangkap ikan kembong, tak tau pulak aku.

Pastu ikan tu jual pulak pada pemborong. Pemborong ni pun pakai minyak untuk ke pelantar dan ke pasar borong. Di sana pun peniaga kecil guna minyak untuk pergi ke pasar dan ke end user.

Katalah nelayan tu naikkan sikit harga, katalah sekupang, pastu pemborong pun naik sikit, naik sekupang jugak, peniaga kecil pun naik sekupang jugak. Deme semua naik atas alasan minyak naik. Jadi tak boleh le nak marah deme.

Berdasarkan senario diatas, sekarang ni kenaikan dah jadi tiga kupang. Itu baru ikan. Plastik nak bungkus ikan dan lain2 barang berkaitan? Barang tu semua ada kaitan ngan minyak. Jadi jumlah kenaikan mungkin boleh jadi dari tiga kupang sampai rm5. Siapa yang kena tanggung kenaikan ni? Sudah semestinya end user a.k.a rakyat.

Pihak kerajaan dah tau semua ni akan berlaku sebab kerajaan ada pakar ekonomi yang handal2 belaka. Rakyat pulak ada sebahagian yang tau, sebahagian besarnya tak tau.

Sebelum pilihanraya dah berbuih mulut sebahagian rakyat yang tau memberi peringatan kepada rakyat yang tak tau akan hal ini. Tapi kerajaan juga telah menyatakan pada hari Isnin April 16,  2012 bahawa "Kerajaan Tiada Hasrat Naik Harga RON95" kenyataan oleh Ismail Sabri. Ini fakta yang aku kutip kat sini.

Oleh kerana kerajaan yang bercakap maka rakyat pastinya percaya. Tanpa memperdulikan nasihat2 yang diberi sesetengah rakyat, 46.57% rakyat telah memilih kerajaan Malaysia sekarang ini.

Yang bestnya, kebanyakan rakyat dari kalangan 46.57% ini, pada hari ni sibuk duk komplen pasal barang naik, pengurusan kerajaan yang salah, pm yang ada jet baru, ofis isteri pm kat pejabat pm dan lain2. Adakah diorang rasa tertipu ngan kerajaan sekarang?

Kalo ya, toksah le nak komplen2 pasal kome yang pilih deme. Apa yang kita kena buat sekarang ni ialah, pada pru14 nanti kita pakat2 pangkah yang lain.

No comments:

Post a Comment