Wednesday, January 8, 2014

Kedutaan Malaysia di Nepal Lantik Syarikat Kroni Untuk Kutip Duit Visa?

Hari ni aku pergi servis kereta di Nissan Jalan Kuala Kangsar di Ipoh. Bukan servis sebenonya, tapi repair air cond. Entah apa hal, air cond panas pulak. Kereta baru setahun, mujor ada warranty 3 tahun.

Sambil nunggu kereta siap, aku bukak internet. Saja mencari berita sensasi baru dalam Malaysia. Tapi yang aku jumpa bukan kat Malaysia, tapi kat Nepal! Link dia kat sini.

Menurut Malay Mail Online, yang telah mendapat sumber dari The Himalayan Times, Kedutaan Malaysia di Nepal telah melantik sebuah syarikat, namanya Malaysia VLN Nepal, untuk memproses permohonan visa pekerja2 Nepal masuk ke Malaysia. Syarikat ni jugak pada bulan November tahun 2013 telah memohon kepada pihak berkuasa Nepal untuk transfer duit sebanyak RM997,000 ke Hong Kong.

Berita dari The Himalayan Times kome boleh baca kat sini ngan sini.

Ceritanya syarikat ni mula beroperasi dengan kedutaan Malaysia pada 1 November 2013.  Yang menjadi persoalan kepada pihak berkuasa, iaitu Bank Nepal Rastra, ialah kenapa duit nak ditransfer ke Hong Kong dan bukannya Malaysia? Duit ni duit kerajaan Malaysia, bukan duit Hong Kong.

Dan jugak semenjak beroperasi, kos visa telah naik dari lebih kurang RM23 kepada RM128. Daripada RM128, RM23 pegi ke kedutaan sebagai fi visa, RM5 pegi ke starikat sebagai service charge dan RM100 dipegang oleh syarikat atas nama kedutaan Malaysia. Kutipan sebulan dari syarikat ini ialah lebih kurang RM2.3 juta.

Fuh!!! Sape le yang lantik syarikat ni?  Syarikat kroni ke? Ada orang kedutaan atau menteri terlibat ke? Harap2 takde le.

Heran ye? Kenapa kedutaan Malaysia nak lantik syarikat lain untuk proses visa kat sana? Tak cukup staff ke? Kalo deme employ staff lagi 2 3 orang, rasanya boleh jimat banyak dan duit boleh masuk balik ke kerajaan. Setakat RM2 juta takde masalah. Ini baru Nepal. Negara lain lagi? Cuba bayang, syarikat ni baru beroperasi dah boleh nak transfer duit dekat sejuta ke Hong Kong. Confirm orang2 yang terlibat akan bertambah kaya.

Apa nak jadi ngan Malaysia? Entah le. Pemimpin buat nohen je benda camni, rakyat pulak pilih pemimpin camni. Pastu Iepas pilihanraya rakyat tu jugak komplen pemimpin yang dia pilih. Apa punya turrr da......!!!

No comments:

Post a Comment