Tuesday, January 14, 2014

Najib dan Kangkung

Semalam adalah hari yang amat sensasi bagi najib. Akibat mengeluarkan mengeluarkan kenyataan tentang harga kangkung turun, habis satu alam maya bercerita tentang kangkung dan tak kurang juga yang memperli najib. Pro umno blogger pun belasah najib jugak.


Dan ini pulak komen kj untuk mendefend bos dia.


Kot mana pun aku rasa najib tak payah la nak buat contoh yang membodohkan rakyat. Dia tak tau ke kangkung ni kalo kat kampung hidup tepi longkang je. Kat pekan rakyat kena beli la. Tapi harga bukan mahal sangat pun. Pastu orang bukan hari2 makan.

Najib ni pun bagi statement sama macam menteri dia yang lain. Statement taraf budak darjah 1. Penasihat atau consultant dia tido ke? Makan gaji buta? Bagi la idea untuk buat teks yang educated sikit.



Thursday, January 9, 2014

Najib Syok Sendiri Dalam Facebook

Aku seronok membaca fb najib, terutama tentang 11 langkah (ada yang kata 12 langkah) pengurangan kos perbelanjaan kerajaan. Dia kata langkah ini mendapat maklumbalas yang baik dari rakyat.
Mana dia dapat fakta yang mengatakan langkah ini mendapat maklumbalas yang baik dari rakyat? Kalo baca dari komen dalam fb tu, kebanyakannya duk ngutuk najib.

Ni aku amik dari fb najib


Kome boleh baca komen rakyat kat sini.

Aku rasa najib ni tak baca pun fb dia dan dia tak heran pun fb dia. Saja buat syarat je. Jangan takde. Kalo takde orang kata buta it pulak. Hehe..

Wednesday, January 8, 2014

Kedutaan Malaysia di Nepal Lantik Syarikat Kroni Untuk Kutip Duit Visa?

Hari ni aku pergi servis kereta di Nissan Jalan Kuala Kangsar di Ipoh. Bukan servis sebenonya, tapi repair air cond. Entah apa hal, air cond panas pulak. Kereta baru setahun, mujor ada warranty 3 tahun.

Sambil nunggu kereta siap, aku bukak internet. Saja mencari berita sensasi baru dalam Malaysia. Tapi yang aku jumpa bukan kat Malaysia, tapi kat Nepal! Link dia kat sini.

Menurut Malay Mail Online, yang telah mendapat sumber dari The Himalayan Times, Kedutaan Malaysia di Nepal telah melantik sebuah syarikat, namanya Malaysia VLN Nepal, untuk memproses permohonan visa pekerja2 Nepal masuk ke Malaysia. Syarikat ni jugak pada bulan November tahun 2013 telah memohon kepada pihak berkuasa Nepal untuk transfer duit sebanyak RM997,000 ke Hong Kong.

Berita dari The Himalayan Times kome boleh baca kat sini ngan sini.

Ceritanya syarikat ni mula beroperasi dengan kedutaan Malaysia pada 1 November 2013.  Yang menjadi persoalan kepada pihak berkuasa, iaitu Bank Nepal Rastra, ialah kenapa duit nak ditransfer ke Hong Kong dan bukannya Malaysia? Duit ni duit kerajaan Malaysia, bukan duit Hong Kong.

Dan jugak semenjak beroperasi, kos visa telah naik dari lebih kurang RM23 kepada RM128. Daripada RM128, RM23 pegi ke kedutaan sebagai fi visa, RM5 pegi ke starikat sebagai service charge dan RM100 dipegang oleh syarikat atas nama kedutaan Malaysia. Kutipan sebulan dari syarikat ini ialah lebih kurang RM2.3 juta.

Fuh!!! Sape le yang lantik syarikat ni?  Syarikat kroni ke? Ada orang kedutaan atau menteri terlibat ke? Harap2 takde le.

Heran ye? Kenapa kedutaan Malaysia nak lantik syarikat lain untuk proses visa kat sana? Tak cukup staff ke? Kalo deme employ staff lagi 2 3 orang, rasanya boleh jimat banyak dan duit boleh masuk balik ke kerajaan. Setakat RM2 juta takde masalah. Ini baru Nepal. Negara lain lagi? Cuba bayang, syarikat ni baru beroperasi dah boleh nak transfer duit dekat sejuta ke Hong Kong. Confirm orang2 yang terlibat akan bertambah kaya.

Apa nak jadi ngan Malaysia? Entah le. Pemimpin buat nohen je benda camni, rakyat pulak pilih pemimpin camni. Pastu Iepas pilihanraya rakyat tu jugak komplen pemimpin yang dia pilih. Apa punya turrr da......!!!

Friday, January 3, 2014

Kerajaan Pilihan Rakyat 46.57%

Hari ni aku baca beberapa blog pro umno dan pembangkang dan neutral.  Kebelakangan ni ramai rakyat Malaysia duk sibuk kisah harga barang naik pada awal tahun 2014 ni.

Cerita barang naik harga ni dah dari tahun 2013 sesetengah rakyat dah tau dah. Rasanya sebelum tu lagi pun deme dah tau dah. Bila minyak naik je, confirm semua barang, lambat laun akan naik. Sebab apa? Sebab semua barang bersangkut dengan minyak.

Kita ambik contoh paling mudah. Katalah ikan kembong. Nelayan yang pergi nangkap ikan tu, akan guna minyak bermula dari dia keluo rumah lagi. Kecuali kalo dia jalan kaki ke bot dia. Sampai ke bot, udah tentu le dia kena isi minyak bot pulak. Kalo dia guna sampan dan guna dayung untuk ke tengah laut untuk tangkap ikan kembong, tak tau pulak aku.

Pastu ikan tu jual pulak pada pemborong. Pemborong ni pun pakai minyak untuk ke pelantar dan ke pasar borong. Di sana pun peniaga kecil guna minyak untuk pergi ke pasar dan ke end user.

Katalah nelayan tu naikkan sikit harga, katalah sekupang, pastu pemborong pun naik sikit, naik sekupang jugak, peniaga kecil pun naik sekupang jugak. Deme semua naik atas alasan minyak naik. Jadi tak boleh le nak marah deme.

Berdasarkan senario diatas, sekarang ni kenaikan dah jadi tiga kupang. Itu baru ikan. Plastik nak bungkus ikan dan lain2 barang berkaitan? Barang tu semua ada kaitan ngan minyak. Jadi jumlah kenaikan mungkin boleh jadi dari tiga kupang sampai rm5. Siapa yang kena tanggung kenaikan ni? Sudah semestinya end user a.k.a rakyat.

Pihak kerajaan dah tau semua ni akan berlaku sebab kerajaan ada pakar ekonomi yang handal2 belaka. Rakyat pulak ada sebahagian yang tau, sebahagian besarnya tak tau.

Sebelum pilihanraya dah berbuih mulut sebahagian rakyat yang tau memberi peringatan kepada rakyat yang tak tau akan hal ini. Tapi kerajaan juga telah menyatakan pada hari Isnin April 16,  2012 bahawa "Kerajaan Tiada Hasrat Naik Harga RON95" kenyataan oleh Ismail Sabri. Ini fakta yang aku kutip kat sini.

Oleh kerana kerajaan yang bercakap maka rakyat pastinya percaya. Tanpa memperdulikan nasihat2 yang diberi sesetengah rakyat, 46.57% rakyat telah memilih kerajaan Malaysia sekarang ini.

Yang bestnya, kebanyakan rakyat dari kalangan 46.57% ini, pada hari ni sibuk duk komplen pasal barang naik, pengurusan kerajaan yang salah, pm yang ada jet baru, ofis isteri pm kat pejabat pm dan lain2. Adakah diorang rasa tertipu ngan kerajaan sekarang?

Kalo ya, toksah le nak komplen2 pasal kome yang pilih deme. Apa yang kita kena buat sekarang ni ialah, pada pru14 nanti kita pakat2 pangkah yang lain.

Tan Sri Harussani Zakaria Kata Peserta Demo 'bughah', Halal Darah?

Pagi ni aku bukak facebook dan baca posting terbaru Dr Maza. Ini apa yang dia tulis:

Aku terkejut jugak. Betui ke harussani cakap camtu. Aku search kat malaysiakini dan aku dapat yang ni:


Link dia kat sini

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Dihalalkan darah golongan bughah? Ini pulak sebahagia komen Dr Maza dalam facebook dia:

"..ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan untuk bunuh. Padahal bughah adalah istilah yang mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah pada rakyat yang berkumpul tanpa senjata. ..apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?"

Kalau betullah apa yang dikata harussani tu, maknanya rakyat malaysia tak boleh langsung untuk berhimpun dan berdemo walaupun kita ada Akta Perhimpunan Awam 2011 yang membenarkan perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.

Kita juga tidak boleh tidak bersetuju dengan segala ketidakadilan yang dilakukan kerajaan. Hukuman kepada semua ini ialah dihalalkan darah pemprotes. Maknanya boleh dibunuh rakyat yang protes dan berhimpun secara aman dan tanpa senjata?

Aku setuju ngan Dr Maza yg menulis "apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?"

Apakah kita rakyat masih dianggap menderhaka setelah kita membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan negara? 

Aku rasa harussani kena cek balik apa yang dia cakap. Mana boleh main jatuh hukum ke atas rakyat macam tu saja. Hukum kepada pemerintah yang tidak adil, yang tidak menepati janji, yang meluluskan konsert yang melaghokan, tak ada ke?

Thursday, January 2, 2014

Polis Mintak Maaf Pasal Upload Gambo Salah!

Baru2 ni PDRM ada upload gambo seorang anggota yang cedera semasa malam ambang 2014 di fb PDRM. Ni gambonya:


Lepas tu ramai la yang mempersoalkan kesahihan gambo ni. Deme kata PDRM copy paste la dan macam2 lagi.

Hari ni pulak PDRM keluo satu statement mintak maaf kat fb PDRM. Ini gambonya aku amik dari fb deme:



Apa la nak jadi ngan PDRM ni. Kome tu pihak keselamatan. Jangan la sesaja nak buat kecoh. Ngape tak cek dulu sebelum posting? Admin fb PDRM tak belajo ke? Kalo orang biasa buat camni agak2 boleh senang2 mintak maaf ke?

Wednesday, January 1, 2014

Saveme999 - Live Saving Android App

Ok. Citer ni dah keluar kat surat abo the star pada hari isnin 25 November 25, 2013 dengan tajuk "Nationwide SaveMe999 to replace MyDistress app". Aku baru tau je benda ni.

SaveMe999 ialah aplikasi android untuk smartphone yang berfungsi sebagai penghantar isyarat distress kepada pihak polis apabila pengguna mengaktifkannya. Buat masa ni app ni hanya untuk oku saja. Orang normal kena tepon 999.

Kalo komer nak try app ni boleh cuba download kat Google play store. Aku dah try dah. Memang untuk oku je. Oku buta pun boleh. Hmmm. (Aku masih penin mikior camner demer nak guna app ni.) Tapi ikut kata surat abo star yang mengatakan

"SaveMe999, launched on Sept 9, is currently reserved for disabled persons, who need to register with their Welfare Department registration number."

Jadi demer tentu ada mikior camner nak buat supaya oku yang buta boleh gunakannya. Lagipun harganya ialah RM1 billion.  Fakta ni aku dapat dari yahoo kat sini

http://my.news.yahoo.com/tm-upgrade-saveme999-app-questions-remain-over-availability-040400898.html

Peghhhhh. .. RM1 billion untuk buat app ni. Dasat betui demer. Mesti yang bangunkan app ini ada degree atau master atau phd. Pointer mesti atas 3.75 nih. Aku pun pergi download app ni.

Alangkah kecewanya aku pasal interface nya macam hampeh. Budak form 1 pun boleh buat interface camni. Komer try download app. Citer panjang tak guna.

Camner demer boleh approve budget sebanyak Rm1 billion untuk buat interface yang hampeh dan orang normal tak boleh guna app ni. Orang normal tak perlukan bantua polis ke? Musykil 1000x

Jurugambar Utusan Bercuti

Salam semua. Hari ni macam biasa aku gi makan pagi kat luar lagi. Sambil2 tu aku nak baca surat abo untuk tengok apa citer himpunan guling kerajaan kesayangan rakyat malaysia semalam.

Aku pegi kedai ni kat silibin yang sentiasa beli surat abo utusan yang biasanya penuh ngan citer yang tak menyalahi undang2 (so they say). Ni muka depan utusan hari ni.


Gempak giler tajuknya. "Sambutan Tercemar". Fuh! Ini mesti kecoh giler nih. Mesti ada polis tercedera dan rakyat tercedera dan pecah kepala dan sebagainya. Tapi bila aku tengok gambar kat depan tu macam takde apa je. 

Aku pun belek la muka dalam pasal tulisnya lagi berita dan gambo kat dalam. Yang aku jumpa cuma 2 gambar dan berita yang mengatakan sambutan tahun baru 2014 dibatalkan. Gambonya cuma tunjuk polis berdiri dan bercakap ngan orang yang ada kat situ. Gambo tercemar takde. Aku belek habis semua mukasurat. Hampa. Takde gambo tercemar.

Pastu baru aku teringat. Malam tahun baru. Mestilah jurugambar utusan cuti. Mungkin sorang jurugambar utusan je yang kerja. Tu yang ada dua gambo je tu.