Tuesday, January 14, 2014

Najib dan Kangkung

Semalam adalah hari yang amat sensasi bagi najib. Akibat mengeluarkan mengeluarkan kenyataan tentang harga kangkung turun, habis satu alam maya bercerita tentang kangkung dan tak kurang juga yang memperli najib. Pro umno blogger pun belasah najib jugak.


Dan ini pulak komen kj untuk mendefend bos dia.


Kot mana pun aku rasa najib tak payah la nak buat contoh yang membodohkan rakyat. Dia tak tau ke kangkung ni kalo kat kampung hidup tepi longkang je. Kat pekan rakyat kena beli la. Tapi harga bukan mahal sangat pun. Pastu orang bukan hari2 makan.

Najib ni pun bagi statement sama macam menteri dia yang lain. Statement taraf budak darjah 1. Penasihat atau consultant dia tido ke? Makan gaji buta? Bagi la idea untuk buat teks yang educated sikit.



Thursday, January 9, 2014

Najib Syok Sendiri Dalam Facebook

Aku seronok membaca fb najib, terutama tentang 11 langkah (ada yang kata 12 langkah) pengurangan kos perbelanjaan kerajaan. Dia kata langkah ini mendapat maklumbalas yang baik dari rakyat.
Mana dia dapat fakta yang mengatakan langkah ini mendapat maklumbalas yang baik dari rakyat? Kalo baca dari komen dalam fb tu, kebanyakannya duk ngutuk najib.

Ni aku amik dari fb najib


Kome boleh baca komen rakyat kat sini.

Aku rasa najib ni tak baca pun fb dia dan dia tak heran pun fb dia. Saja buat syarat je. Jangan takde. Kalo takde orang kata buta it pulak. Hehe..

Wednesday, January 8, 2014

Kedutaan Malaysia di Nepal Lantik Syarikat Kroni Untuk Kutip Duit Visa?

Hari ni aku pergi servis kereta di Nissan Jalan Kuala Kangsar di Ipoh. Bukan servis sebenonya, tapi repair air cond. Entah apa hal, air cond panas pulak. Kereta baru setahun, mujor ada warranty 3 tahun.

Sambil nunggu kereta siap, aku bukak internet. Saja mencari berita sensasi baru dalam Malaysia. Tapi yang aku jumpa bukan kat Malaysia, tapi kat Nepal! Link dia kat sini.

Menurut Malay Mail Online, yang telah mendapat sumber dari The Himalayan Times, Kedutaan Malaysia di Nepal telah melantik sebuah syarikat, namanya Malaysia VLN Nepal, untuk memproses permohonan visa pekerja2 Nepal masuk ke Malaysia. Syarikat ni jugak pada bulan November tahun 2013 telah memohon kepada pihak berkuasa Nepal untuk transfer duit sebanyak RM997,000 ke Hong Kong.

Berita dari The Himalayan Times kome boleh baca kat sini ngan sini.

Ceritanya syarikat ni mula beroperasi dengan kedutaan Malaysia pada 1 November 2013.  Yang menjadi persoalan kepada pihak berkuasa, iaitu Bank Nepal Rastra, ialah kenapa duit nak ditransfer ke Hong Kong dan bukannya Malaysia? Duit ni duit kerajaan Malaysia, bukan duit Hong Kong.

Dan jugak semenjak beroperasi, kos visa telah naik dari lebih kurang RM23 kepada RM128. Daripada RM128, RM23 pegi ke kedutaan sebagai fi visa, RM5 pegi ke starikat sebagai service charge dan RM100 dipegang oleh syarikat atas nama kedutaan Malaysia. Kutipan sebulan dari syarikat ini ialah lebih kurang RM2.3 juta.

Fuh!!! Sape le yang lantik syarikat ni?  Syarikat kroni ke? Ada orang kedutaan atau menteri terlibat ke? Harap2 takde le.

Heran ye? Kenapa kedutaan Malaysia nak lantik syarikat lain untuk proses visa kat sana? Tak cukup staff ke? Kalo deme employ staff lagi 2 3 orang, rasanya boleh jimat banyak dan duit boleh masuk balik ke kerajaan. Setakat RM2 juta takde masalah. Ini baru Nepal. Negara lain lagi? Cuba bayang, syarikat ni baru beroperasi dah boleh nak transfer duit dekat sejuta ke Hong Kong. Confirm orang2 yang terlibat akan bertambah kaya.

Apa nak jadi ngan Malaysia? Entah le. Pemimpin buat nohen je benda camni, rakyat pulak pilih pemimpin camni. Pastu Iepas pilihanraya rakyat tu jugak komplen pemimpin yang dia pilih. Apa punya turrr da......!!!