Tapi kali ni aku amat tertarik sekali. Tajuk utama dia "ELAUN MENTERI DIPOTONG"
Uih! Tetiba najib nih buat satu tindakan yg tidak diduga. Udah beberapa minggu diam je, ari ni pulak (semalam le tu) buat tindakan potong elaun menteri berkuatkuasa 1 januari 2014.
Dalam hati aku kata "ohh... najib udah sedor, baru nak dengo cakap rakyat". Aku pun bukak mukasurat 2 pasal berita penuhnya di situ. Baca punya baca, hampeh!
Bukannya potong semua, potong sikit je. Tak jejas pun duit deme. Ni apa yang dilaporkan oleh sinar (online):
Tarikh: December 30, 2013
KUALA LUMPUR - [KEMASKINI] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.
Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.
Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.
Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
Beliau berkata cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua
Setiausaha Negara untuk kelulusan.
Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.
Najib berkata kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - Bernama
Ni link dia:

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/elaun-menteri-dikurangkan-mulai-1-jan-1.235629.
10%!!?? Ngape tak potong je semua elaun terus? Apa impak yang dapat diberikan pada krisis kenaikan harga barang yg melambung2 sekarang ni?
Aku tak paham betui la. Elaun keraian tu yang aku tau la ialah satu elaun tetap yang dibagi menteri atau kakitangan kerajaan. Aku search dlm web dalan jumpa definisi seperti dibawah:
Elaun Keraian - elaun untuk atau kerana meraikan seseorang(Kamus Dewan Edisi 4)
Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggungjawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA
Dan ini pulak jumlah yang deme dapat. Aku ambik dari taipingmali.blogspot.com
Banyak elaun deme ni. Kalo yg rm5300 tu kita potong 10%, baru rm530. Ok, katalah deme tak pernah belanja pun elaun tu, agak2 jejas tak pada deme tu? Pastu potongan yg sikit tu dapat tak disalurkan balik pada rakyat?
Najib tak citer pulak hasil dari pemotongan tu, berapa banyak yang jimat? Duit tu boleh ke nak tampung balik duit subsidi petrol dan lain2? Apa yang rakyat dapat hasil dari potongan elaun tu? Boleh ke duit tu dibuat duit brim dan dibayo pada rakyat setiap bulan?
Aku rasa najib saje nak bagi sedap hati rakyat dan pujuk rakyat. Maklumlah, orang malaysia ni senang dipujuk. Buat benda2 camni, rakyat terus lupa segala-segalanya...
No comments:
Post a Comment